.Assalamualaikum.
Haii . Selamat Malam !
Malam Yang Indah Sesuai Untuk Meng-hapdett Entry kan ? hehe .
Ok , now , malam ni , Ziha nak happdet pasal tips Pemakaian Tudung !
Mesti Ramai Yang Suka Tips-Tips begini kan ?
Kalau tak suka pun .. "Ada aku kesahh ?" haha .
Oke , pada siapa yang suka .Baca dengan teliti ye :)
1. Janganlah pulak korang pakai tudung yang jarang , nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada korang tu ye . Tetapi , kalau korang nak pakai jugak tudung yang jarang sebab dah beli mahal berbillion kan , korang digalakkan memakai baju lengan panjang . (turtle neck) yang menutupi leher.Itu adalah salah satu cara yang paling bagus :)
2. Make sure korang memakai anak tudung supaya anak rambut korang yang kecil-kecik comel tuh tak nampak . Ianya juga memberi gaya yang lebih kemas, rapi dan menutup cacat celanya pemakaian tudung :) Kemas .. Nampak lebih bergaya .. Ecehhh ^_^
3. Pemakaian tudung yang pelbagai gaya dan corak juga amat membantu korang tampil berlainan dan kelihatan lebih menarik . Gaya tudung ke tempat kerja tidak perlu terlalu menonjolkan rekaan corak atau bunga yang melampau-lampau ye. Isk2 .. sakit mata memandang yo . hehe.
4. Untuk nampakkan lebih berseri , korang boleh lah gayakan dengan kerongsang yang sesuai . Kedudukan kerongsang juga memainkan peranan yang penting. Misalnya kerongsang yang disemat kan di bahagian baju menampakkan si pemakai kelihatan lebih kemas dan menarik .
5. Korang juga digalakkan memakai baju yang kosong kerana ianya boleh dan mudah dipadankan dengan banyak tudung yang bercorak . hehe . Tapi , Lyssa tak suka pun tudung yang bercorak-corak banyakkk sangat . hek hek :)
6. Dalam pemilihan kerongsang . korang pakailah kerongsang yang bersaiz kecil. Jika tudung korang tu berwarna merah kan , pakailah kerongsang yang bewarna keemasan (gold color) , sementara tudung yang berwarna lain pula dengan kerongsang bewarna perak (silver color).
7. Bagi korang yang berbadan besar tidak digalakkan untuk memakai kerongsang yang besar . Jika mahu yang besar , cari yang berbentuk panjang ok ? hehe .:)
8. Jangan tutup bahu dengan tudung korang tu ! Nanti , badan korang akan kelihatan lebih besar . So , korang boleh lah sematkat dengan kerongsang yang kecil dan lekatkan di bahagian baju supaya tidak nampak menggelebeh. hehe :)
Selamat Mencuba :)
0 coment:
Post a Comment